Pelan Strategik JPKN 2021-2025

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) berperanan memberikan perkhidmatan dan pembangunan ICT yang merangkumi Perancangan dan Konsultasi ICT, Pembangunan Sistem-Sistem Aplikasi, Perkhidmatan Sokongan Rangkaian ICT, Perkhidmatan Multimedia, Perkhidmatan Pusat Data dan Pengurusan Keselamatan Siber untuk semua Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS).